Monday, January 11, 2010

Tips Penjagaan Aquarium


arini aku nk citer pasal aquarium la kat blog ni,aku x la bape minat sal ikan hiasan ni,cume sbg hobby jer...aku minat pon sbb youp aku yg bela,mase tu aku g umahnye,bile tengok jer aquarium dia aku terus minat nk bela gak..ha3,tpi aku suke bela ikan kecik2 beberbanding ikan besor2,bkn pe snang cikit jagenye,lagi satu air pon lambat cikit kotornye...salaunye klu nk bela ikan hiasan dlm aquarium ni kene rajin cikit..byk dugaanye,tpi baru la sronok bile aquarium kite nampak cam kemas n smart..bak kate org pe,sejuk mate memandang..wk3...kat sini aku nk la gak kongsi bgi tips camne nk jaga ikan hiasan dlm akuarium..antaranye ialah:

Keperluan penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium

a.Karbon dioksida
Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintisis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang khusus dan ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.


b.Baja
Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambahkan dari masa ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan.


c.Cahaya

Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.

CARA MENJAGA AKUARIUM
Penjagaan akuarium yang mengandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik sebagai hiasan adalah mudah.

Penjagaan harian
•Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit.

•Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing, terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan.
•Ikan yang mati perlu dibuang.
•Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik.
•Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida menggunakan alat yang
disediakan.
Penjagaan mingguan
•Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak ½ atau
⅓ bahagian dari isipadu tangki.
•Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi
•Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.
•Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara waktu.
•Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki.
•Cucikan kapas penapis dengan air bersih.
•Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal.

•Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum bercuti pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama beberapa hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan sekiranya diberi makan dengan berlebihan.



MENGENAL PASTI MUTU AIR AKUARIUM
a.pH air
pH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah paling masam atau asidik dan nilai 14 merupakan keadaan yang paling alkali. pH air akuarium yang paling sesuai aialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk menentukan nilai pH boleh menggunakan kertas litmus. Nilai pH air perlu dipastikan dari masa ke semasa untuk mengelakkan ianya terlalu asidik.

b.Suhu
Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26o hingga 27oC. Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu yang sejuk di bawah 26oC menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan iklim di negara kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik adalah cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik.

c.Bahan beracun
Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia dan nitrate. Ianya terhasil dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan urin dan najis. Oleh kerana sistem tangki kita adalah sistem yang seimbang, bahan beracun ini tidak akan memberi kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam akuarium. Proses penukaran bahan beracun ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam penapis pasir di dasar akuarium (rujuk edaran nitrogen).



MENGENAL PASTI PENYAKIT IKAN HIASAN
Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut :
•Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk
•Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama.
•Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.
Antara penyakit penting ikan hiasan ialah:

a.Penyakit rintik putih
Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium.

b.Penyakit kulat
Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal. Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka. Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat.

c.Penyakit bakteria
Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.

itu jer kot yg tips boleh korg ikut,sbnarnye aku pon bknnye ikut sgt pon cara penjagaan ikan hiasan yg disenarai diatas...aku pon hentam jer..asalkan akuarium smart dah...kuah3

10 comments:

mYpRecious said...

is that all your tank? kagum selama 40 minit.. cantek giler okes.. Pandai u jage.. my tank dhlame terbiar.. ikan2 pon seme dh mati.. yg tinggal cume 2 ekor oscar je..

AzHaR said...

yup..bende ni kene rjin cikit layannye..klu mls basuh beli jer ubat pnjernihan air,agi sng x yah bsuh..hua3

mYpRecious said...

berape u berhabes utk tank secantek ini.. nak tau jgk bajet2 seme kan.. nanti nak bela marine fish pulak.. ehek..

AzHaR said...

aku hias pon bkn sekali gus,just cikit2 dlu..so,x tersa byk modalnye
dlm rm700-rm800 camtu la..klu nk jimat beli ikan murah tapi cantik n tmbuhan2 dlm aquarium taruh tiruan punye x yah betoi2,save money...

alissya_Arieyna said...

hai azhar...

what can i say, great!

teruja...canteks sangatla...jeles nak jugak..

actually, i baru jer tempah akuarium 1 set n esok malam barula sampai,,...

i nak tanya ble..


erm... u punya akuarium tue...kat kedai mana beli?


harga marine fish berapa biasanya?
eg : macam dalam akuarium u tue?

tq ye.

Hakim Ishraf said...

dulu aku bela jugak ikan kecik-kecik
tapi sebab aku malas nak cuci
aku pindah ikan dalam kolam bapak aku, biar kena makan
sekarang akuarium aku biar jadik perhiasan
tapi masih malas cuci sebab habuk suka masuk

myPustaka said...

makasih kongsi maklumat
sy minta kebenaran sebarkan maklumat berguna dengan memberi kredit kepada page saudara di Facebook http://www.facebook.com/groups/137282726365817/#!/groups/137282726365817/

ajay said...

one more thing....tadi ada mentionkan kene check nilai ph air utk pastikan nilai keasidan air tu...tp klu air tu lebih kepada nilai asidik spt 2-3ph mcm mana lak nak naturalkannya balik...atau terlalu alkali sampai ke 14ph nya mcm mana nak naturalkannya....atau tukar je air kalau dah asidik atau alkali tu ker?....

algojo metal said...

klu nak tambah air mcm mana? Boleh direct ambil air kat laut ker? Atau ada proses lg?

Ma'mar kadafi said...

ye ke tank kamu tu,untuk kos ble ikan laut,adalah sangat tinggi,anyway tq untuk info2 ini,sangat berguna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...