Saturday, October 17, 2009
kenapa hitler bunuh yahudi
oleh Dr Asri
Ketika saya menulis rencana ini (pada Hari Sabtu) saya sedang berada
di Osnabruck, Jerman. Pada Hari Jumaat semalam saya memberikan ceramah
ringkas di sebuah masjid di sini yang diberi nama Masjid Ibrahim.
Kebanyakan ahli jemaahnya merupakan orang Arab.
Saya berucap dalam bahasa arab mengenai isu semasa umat Islam
sekarang khususnya Palestin. Imamnya yang berasal dari Syria berkhutbah
dengan berani dan bersemangat tentang isu Gaza. Bahkan beliau berkempen
agar ahli jamaahnya menyertai demonstrasi aman membantah kekejaman yang
dilakukan terhadap rakyat Palestin.
Saya melihat satu keperluan apa yang
beliau kempenkan, sebab di Berlin telah dibuat demonstrasi besar
menyokong tindakan Israel. Malanglah jika ada masjid di Malaysia yang
tidak berani mengutuk Israel. Hari ini (Ahad) saya bercadang hendak ke
Berlin untuk berjumpa dengan beberapa pihak.
Ini adalah kali pertama saya sampai ke Jerman. Semasa kecil apa yang
saya tahu mengenai Jerman iaitu tenteranya di pihak yang jahat
berperang melawan hero-hero Amerika. Ini semua adalah pengaruh filem
‘Combat’ semasa zaman tersebut.
Oleh kerana Amerika yang menerbitkan siri ‘Combat’ tersebut, maka
digambarkan merekalah di pihak yang benar dan Jerman di pihak yang
jahat. Alasan kejahatan tidak diketahui melainkan kerana hero yang
ditabalkan berada di pihak tentera Amerika.
Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutama
kanak-kanak. Apabila masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepada
bahan bacaan yang berbagai, nama Adolf Hitler dan puak ‘Nazi’nya agak
sinonim dengan Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan Jerman
itu disebut. Selain itu, tidak banyak maklumat tambahan tentang Jerman
yang saya baca.
Sebelum saya sampai ke Jerman, seminggu lepas saya menghabiskan buku
yang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk The Holocaust. Sebagai
Yahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis-habisan.
Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia mendakwa bahawa
Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland
dan Rusia.
Saya tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang
pasti memang Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam. Membunuh
dengan zalimnya bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yang
menentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikan kilang
perusahaan yang teratur. Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh
sesiapa pun. Di Jerman sehingga hari ini kekejaman itu dikutuk oleh
rakyat negaranya.
Namun, di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler,
persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa
Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman,
mendapat sambutan ketika itu?
Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919,
walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan
hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya. Namun
selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isu
anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya
dan menyokong gerakannya membenci Yahudi.
Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan,
beliau menulis bukunya yang terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisan
buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang
dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca dari
kejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam
buku tersebut.
Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa
Yahudi adalah bangsa perosak. Pada 1542, pemimpin agung Prostestan
Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan
kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies.
Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi
hidup secara terpisah dari bukan Yahudi.
Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar
dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan
Ghetto. Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehingga
menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa
Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam.
Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah.
Maka Yahudi Eropah dikepung disebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan
khas hanya untuk mereka. Mengapakah masyarakat Eropah ketika itu
bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat? Jawapannya,
samada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas
pengalaman dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama,
Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya.
Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan
kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah,
tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat
diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah
kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya.
Apapun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama
berakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini.
Lalu undang-undang Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsa
Yahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman ini.
Jika lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat
Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka
Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka. Nabi s.a.w pernah
mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka
khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi
s.a.w. Maka mereka pun diusir.
Pada zaman Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan
kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan
beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam
pengistiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi
terus khianat.
Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan
pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan
para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka.
Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara ‘borong’ dengan
menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.
Bahkan dalam sirah Nabi s.a.w, isteri baginda Safiyyah binti Huyyai
merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah. Ada sahabah yang
mulia bernama ‘Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkan tokoh
agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati. Islam
amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu
orang lain.
Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun
ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan
Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk.
Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya:
“Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat
berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku
bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang
bertanya pendapat mereka mengenaiku”. Maka Rasulullah pun
menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu
mereka pun datang. Rasulullah s.a.w bertanya mereka: “Apakah kedudukan
Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?” Jawab mereka: “Dia orang yang
terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak
pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”. Sabda Rasulullah: “Apakah
jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”. Jawab
mereka: “Allah lindunginya dari perkara tersebut”. Sabda Rasulullah:
“Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”.
Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: “Aku menyaksikan bahawa
tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah”. Lantas mereka
berkata: “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang
paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang
paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam: “Aku telah beritahu wahai
Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta”. (Riwayat
Ahmad dan al-Bukhari).
Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta
seperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihat
Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu
bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan. Kepercayaan
Hitler itu, mungkin ada benarnya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment