'April Fool Day' adalah dipercayai bahawa ia
mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam
di Sepanyol.Ianya tekah bertapak berkurun-kurun
lamanya di Granda,Sepanyol.Kerajaan
Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera
Kristian.
Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol
terpaksa berlindung di dalam rumah untuk
menyelamatkan diri.Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan
berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dari Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslimin ini diberitahu
bahawa mereka belayar keluar dari
Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang
keperluan mereka dengan menggunakan
kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan.
Orang-orang muslimin yang risau sekiranya tawaran
tersebut merupakan suatu penipuan telah pergi
ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.Setelah berpuas hati mereka
membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya (1 April) mereka
mengambil semua barang yang telah dikemas
lalu menuju ke pelabuhan.Pad masa inilah,
pihak Kristian mengambil kesempatan
menggeledah dan membakar rumah
penduduk-penduduk Islam itu.Mereka juga tidak
sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya
tekah musnah dibakar.Pihak Kristian
kemudiannya menyerang kaum muslimin dan
membunuh kesemuanya,lelaki,perempuan
serta anak-anak kecil.
Peristiwa bedarah yang menyedihkan ini
kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhiryadirayakan setiap tahun
bukan sahaja Sepanyol malah di serata dunia
sebagai 'April Fool Day'
Namun begitu,apa
yang menyedihkan orang-orang
Islam yang jahil
mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool
Day tanpa menyedari mereka
sebenarnya merayakan ulang
tahun pembunuhan beramai-ramai
saudara seislam
mereka sendiri.
petikan diatas diubahsuai dari buku RADIOAKTIF,
SMK DATO'SERI MAHARAJA LELA.
No comments:
Post a Comment