Alexander-Empaire
Patung Alexander The Great di Greece menjadi bukti pahlawan agung ini sangat dikenali di seluruh dunia dan diiktiraf sebagai pemimpin pertama yang berjaya menguasai negara di Timur dan Barat.
Bsok Jumaat 13/2/2009 episod akhir kat astro channel oasis (106) kol 10pm ulangan aku x taw.sape yg ade tuh bleh lar tngok dokumentari ni.musicnya pun best...takut dngornya.Sedikit Info Pasal Kisah Alexander Dan ZulkarnainAlexander The Great - Penakluk yang terhebat. Namanya tercatat dalam sejarah panjang sebagai pemimpin pertama yang telah menguasai Timur dan Barat. Hingga kini, nama beliau kekal sebagai penakluk paling berjaya dalam sejarah ketamadunan manusia. Keagungannya telah menjalar hingga ke Nusantara dan diberi gelaran "Iskandar Zulkarnain". Setelah beribu tahun. setelah kepercayaan kukuh menyatakan bahawa orang Melayu itu mempunyai pertalian darah dengan Alexander The Great dan setelah nama Alexander The Great itu sendiri seolah-olah sebati dengan gelaran Zulkarnain, satu persepsi baru telah muncul.. Kita bercerita tentang Alexander The Great. Kita juga bercerita tentang Zulkarnain. Persoalannya: Adakah kita bercerita tentang orang yang sama? Dokumentari hebat ini akan membuat analisis komprehensif terhadap persoalan siapakah Zulkarnain yang disebut dalam Surah Al-Kahfi. Tiga tokoh utama yang menjadi sandaran ialah Alexander The Great, Cyrus The Great dan salah seorang raja dari Empayar Himyar. Pencarian ini akan berlandaskan situasi sejarah dan lokasi, persoalan di mana tembok Yakjuj dan Makjuj, lokasi laut berlumpur hitam dan sumbangan tokoh-tokoh ini yang mempunyai perkaitan dengan ciri-ciri yang disebut dalam Al-Quran. Selain itu, dokumentari ini juga memberi tumpuan kepada mesej besar yang cuba disampaikan lewat ayat 83-98 dari Surah Al-Kahfi. Antara yang utama ialah hak-hak orang tua, wanita dan kanak-kanak dalam peperangan serta konsep peperangan yang disarankan dalam Islam. Ketahui hasil pencarian dokumentari ini. Selain daripada usaha tersebut, apa yang lebih penting, ia juga telah membuka satu lagi perspektif baru. Jalinan antara tafsiran surah Al-Kahfi pula memberi mesej global bahawa peperangan bukanlah satu perkara yang indah tetapi jika ia mesti dilaksanakan, lakukanlah dengan penuh perikemanusiaan.

1 comment:
Good info. InsyaAllah nak tgk mlm ni. Ralat: Iskandar Zulkarnain org Islam/Arab bkn melayu.
Post a Comment