Saturday, September 13, 2008

Resepi Agar2 Pandan

AGAR-AGAR PANDANBahan-bahannya50 gram agar-agar lengkong (agar-agar strips)2,500 ml air200 gram gula batu550 gram gula pasir6 helai daun pandan1 kotak kecil santan pekat 200 ml, digaul dengan 200 ml air6 biji telursedikit pewarna hijau Loyang agar-agarCara-caranyaRebus agar-agar dengan air sehingga larut. Masukkan sekali daun pandan. Selepas itu masukkan gula batu dan rebus lagi sehingga gulanya larut. Kemudian masukkan gula pasir. Biarkan ia mendidih lama sedikit supaya semua gulanya hancur. Setelah itu tapis.Masak lagi diatas api. Masukkan pewarna hijau. Sementara itu, kocak telur dengan santan pekat dan air sehingga rata. Taburkan sedikit garam. Perlahan-lahan curahkan kedalam periuk agar-agar. Kacau sehingga rata. Biarkan ia mendidih lagi beberapa minit, supaya kelihatan gumpalan telur disebelah atas.Perlahan-lahan tuangkan kedalam cetak agar-agar, atau loyang. Biarkan sejuk dan kental baru boleh dipotong. Oleh kerana agar-agar ini mengunakan santan, jangan simpan terlalu lama diluar. Seelok-eloknya setelah sejuk, simpan didalam peti sejuk.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...