Monday, January 11, 2010

Tips Penjagaan Aquarium


arini aku nk citer pasal aquarium la kat blog ni,aku x la bape minat sal ikan hiasan ni,cume sbg hobby jer...aku minat pon sbb youp aku yg bela,mase tu aku g umahnye,bile tengok jer aquarium dia aku terus minat nk bela gak..ha3,tpi aku suke bela ikan kecik2 beberbanding ikan besor2,bkn pe snang cikit jagenye,lagi satu air pon lambat cikit kotornye...salaunye klu nk bela ikan hiasan dlm aquarium ni kene rajin cikit..byk dugaanye,tpi baru la sronok bile aquarium kite nampak cam kemas n smart..bak kate org pe,sejuk mate memandang..wk3...kat sini aku nk la gak kongsi bgi tips camne nk jaga ikan hiasan dlm akuarium..antaranye ialah:

Keperluan penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium

a.Karbon dioksida
Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintisis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang khusus dan ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.


b.Baja
Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambahkan dari masa ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan.


c.Cahaya

Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.

CARA MENJAGA AKUARIUM
Penjagaan akuarium yang mengandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik sebagai hiasan adalah mudah.

Penjagaan harian
•Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit.

•Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing, terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan.
•Ikan yang mati perlu dibuang.
•Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik.
•Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida menggunakan alat yang
disediakan.
Penjagaan mingguan
•Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak ½ atau
⅓ bahagian dari isipadu tangki.
•Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi
•Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.
•Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara waktu.
•Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki.
•Cucikan kapas penapis dengan air bersih.
•Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal.

•Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum bercuti pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama beberapa hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan sekiranya diberi makan dengan berlebihan.



MENGENAL PASTI MUTU AIR AKUARIUM
a.pH air
pH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 ialah paling masam atau asidik dan nilai 14 merupakan keadaan yang paling alkali. pH air akuarium yang paling sesuai aialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk menentukan nilai pH boleh menggunakan kertas litmus. Nilai pH air perlu dipastikan dari masa ke semasa untuk mengelakkan ianya terlalu asidik.

b.Suhu
Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26o hingga 27oC. Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu yang sejuk di bawah 26oC menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan iklim di negara kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik adalah cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik.

c.Bahan beracun
Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia dan nitrate. Ianya terhasil dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu bahan buangan urin dan najis. Oleh kerana sistem tangki kita adalah sistem yang seimbang, bahan beracun ini tidak akan memberi kesan kepada kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam akuarium. Proses penukaran bahan beracun ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan bakteria di dalam penapis pasir di dasar akuarium (rujuk edaran nitrogen).



MENGENAL PASTI PENYAKIT IKAN HIASAN
Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut :
•Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk
•Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama.
•Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.
Antara penyakit penting ikan hiasan ialah:

a.Penyakit rintik putih
Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium.

b.Penyakit kulat
Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal. Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka. Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat.

c.Penyakit bakteria
Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.

itu jer kot yg tips boleh korg ikut,sbnarnye aku pon bknnye ikut sgt pon cara penjagaan ikan hiasan yg disenarai diatas...aku pon hentam jer..asalkan akuarium smart dah...kuah3

Monday, January 4, 2010

memory 2009

aku tlis ni pon yg mane aku igat jer n ape yg terlintas dlm fikiran aku jer..byk kenangan 2009 aku x leh lupekan..sbnarnye mls nk listkan n updat blog aku ni,so aku tulis jer ape yg terlintas kat kpale otak aku,sorry list yg aku buat ni x tersusun,ape aku igt aku tulis jer kat depan komputer ni,x ade perancangan pon..he3

  • cat klaz warne purple ngan dak klas 5 sn 2
  • ahli anggota pembimbing rakan sebaya (prs) sbg ketua biro keceriaan
  • pembantu pngakap usaha maju n jaya
  • pmbantu pngakap skolah rendah
  • mnang kawad kaki pngakap hari sukan..no.3
  • kli pertama blajar bawak kete auto n manual..scara curik2
  • thn menduduki peperiksaan sijil pelajaran malaysia (spm)
  • mnyertai kejohanan taekwondo prinkat negeri di selama..nsib x baek,mule2 dh klah
  • masok ptandingan blakon sketsa sempena hari karnival kerjaya peringkat perak tgh...klah...
  • kene kawad cam ngan polis...30 minit ngadap bilik cermin sorang2..x taw pe slah aku,kurang ajor punye polis..he3
  • hari raya kad p.pinang mlawat sedara sakit
  • dpt pegang plbgai jenis senjata kat tldm...tpi shot x dpt pon
  • bantu member mnguruskan aktiviti di kem dato' sagor
  • joging stiap pagi sabtu n ahad,kdg2 petang2
  • study group kat umah azzam,tpi aku jarang join
  • membuka garai utk berniaga semasa hri koperasi skolah...naseb baik laku..hua3
  • kursus kesedaran ict kat kemas 2 hari
  • thn ni f5 bru dpt bawak motor ke skolah...thn2 lepas jgn harap
  • kejer katering org kawin sementara
  • g genting higland clap masok blik org..knangan x dlupekn
  • sbgai penjaga garisan mase ptndingan badminton pringkat perak tgah..jdi la drp x main
  • thn ni raya,umah aku x pasang pelita n bakor lemang...malas nk buat
  • mlm raye meriah main mercun sampai tgh malam
  • mak aku belikan handphone yg baru utk aku kat greentown mall (gm)...aku pon x caye mak aku blikn hanset tok aku..mimpi ker ape
  • simcard ksayangan aku rosak..terpakse tukor nombor lain
  • thn ni pling kerap mkn nasi singgit kat kantin skola..sblem ni nk jejak ke kantin pon x nk
  • karnival rakan muda di t.intan 3 hari peringkat negeri perak
  • jamuan kelas utk semua f5 yg diadakan di dwn utama smk dato' seri maharaja lela...plbgai jenis desing bju diorng reka stiap kelas
k lar, tu jer yg aku igat pon n yg terlintas...sbnarnye byk agi,tpi aku x igat,list kat ats yg mane aku igat jer...tpi aku lebih suka lagi thn 2009 coz byk kenangan yg x leh dlupekan,ase mlas jer nk sambut thn 2010 thn ni...sbb thn 2009 adalah yg the best bagi aku,..apeapepon pada thn 2010 harap2 lebih baikn drp 2009 terdahulu...Insyallah

Friday, January 1, 2010

selamat thn bru 2010


Kurang 24 jam bermulah detik 12 mlm dgn mnyambut ketibaan thn bru 2010 n berakhirnye 2009.byk kenangan terdpt pda 2009 yg berharga kini tdk dpt aku kembalikan n lupekn.Bermula thn bru esok,byk azam bru aku nk laksanakn,tinggal yg keruh ambil yg jernih,aku berhrap begitulah klu bleh jgnlah mulai thn bru ini pekara yg negatif perangai aku semakin teruk lagi sudah lar hu3...,tetapi ramai yg lupe thn beru islam lagi penting utk berazam,tetapi ramai yg berazam thn bru masihi pulak,tpi x ape,asalkn berubah dr x elok ke lebih elok n drp kurang baik ke baik..

Tetapi jarang aku dengar pekara yang baik apabila menjelang menyambut thn baru,selaluny terdpat byk pekara yg negatif berbanding positif...semua org taw ape masalahnye terutamany drp segi sosial..yg kesian n sedihnye,ank bangsa kita juga yg paling ramai rosak iaitu org melayu,org islam.Smlm aku g dengar ceramah dsampaikn oleh ustaz kazim alias,spatutnye thn bru ni x payah sambut..buat ape sambut bknye x tahu masalh sosial semakin bertambah katanye,yg kite nk tiru negara2 brat buat ape!!!...klu boleh dia suruh polis n org kampuung buat road block supaya bdk2 remaja x pergi ke bandar2 besar n menyekat supaya jgn pergi klu nk negara malaysia ini selamat,,,,kita mmg allah blem menimpakan bala bencana lagi,tetapi ingat
kita x selalauny selamat seperti negara2 lain..byk media masa pada hari ini menunjukan masalah n akhlak kalangan masyarakt melayu semakin teruk...sebenarny masyarakat melayu berada dlm keadaan genting...tetapi remaja melayu masih dibuai mimpi indah oleh org2 kafir...terdapat byk kes2 buang bayi semakin menjadi2 di negara ini...87% org melayu,kajian drp hospital besar kuala lumpur.selalunye kes buang bayi paling byk ialah bln september,oktober n november...rata2 sbb thn baru n hari mengingati kekasih,

Sepatutnye kite berkumpul ke masjid bca yassin mnunjukkan ksyukuran kpd allah krn dpt mnyambut thn bru diambang 2010,tambah2 mlm ni mlm jumaat..byk agilah ustaz kazim tu cakap tpi aku mls nk tulis sbb sku bknnye tahu wat ayat2 bunge2 cam ustaz tu cakap samapai menusuk ke dlm hati..he3,lagi pon bkn ade org nk bace aku punye blog ni,klu ad pon sbb terbukak jer x pon tersesat..tpi mmg best dengar ceramah dia,kita akan terfikir sejenak dan insaf..k lar tu,ape2pon aku nk ucapkn selamat mnymbut thn baru 2010 yg tinggal bebrape jam jer lagi...yg aku taw mlm ni ade operasi kat lumut JAKIM buat..hati2 sape yg g sane...Ha!!lagi satu,jabatan kemajuan islam malaysia(jakim) juga meminta org ramai menunaikan solat sunat khusuf atau sunat gehana bln berikutan kejadian gerhana bln spara yg pertama berlaku pda awal thn pagi esok.gerhana bln spra itu dijangka bermula jam 1.17 pagi hingga jam 5.28 pagi,jumaat ini..sape nk tengok boleh lar tengok mlm karang he3..
harap3 x ujan n x dilindungi awan lar...aku nk tengok sgt klu lalu jage mlm...k,tu jer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...