Setiap keadah dan lokasi memancing memerlukan kita menggunakan set pancing yang berlainan. Jadi sebelum kita menuju ke kedai pancing untuk beli barangan pancing terlebih dahulu kena pastikan apakah keadah dan dimanakah lokasi pancing yang anda hajatkan. Setelah pasti akan keadah dan lokasi pancing barulah kita masuk kekedai pancing dan ikutlah beberapa langkah ini:
1. Pastikan grip/handle joran tersebut sesuai dengan gengaman anda. jangan terlalu kecil atau terlalu besar. Elakkan dari handle yang licin. Perhatikan accesories spt line guide, reel seat dan gimble dalam keadaan baik.
2.Pilih panjang yang sesuai dengan jenis pancingan yang kita mahu. untuk pancingan pantai rod yang panjang diperlukan kerana perlu balingan yang jauh manakala untuk pancing dari atas bot rod 6' kebawah lebih sesuai.
3.Pastikan lenturan joran tersebut. apakah ia dari jenis fast action, medium fast action atau moderate. sekiranya untuk casting anda kena pilih fast action atau medium fast action manakala untuk laut pula moderate atau low action lebih sesuai.
4.Pilih paundage yang betul berpandukan keadah dan tempat juga spesis yang akan diduga. kalau untuk ikan monster tentulah 80lb-130lb dan begitulah seterusnya kalau untuk casting 8lb-12lb.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh5XqhCq1tDnLfF7vlh4iU7sBcl14drwgKLfpNNcYm0e3GmfhuG_YVzs8ZT_gpJGwmAlOrhkDmkwmwsFQC08HIgyc9fpVyx13BX3HNm_JGSWrAqCRFiGKdU2godW27zDKx-4fZ71bUAm-UI/s400/Marlin_strike.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiYoc0eJE0d-dEuDB7kqSPDricL2U8PZbtRG2gUYAGEUiBp0Avr9QrGQI-ilAeF7aCypZXE_f95sAnb7726dzDUBK8SegnI25po7fKYPZGfjzbLgPrwHytdyO_gitE5M0e-VnMeeQWROWQ-/s400/meman.bmp)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-1Sx15TStn8rjGJtS35hDcxxSmvoyTg3vL4sT9dRqBI4-KsdckUvj3c3MZxSuiPMhJ4MirCDXvUzNKJ7h9uNH8P_SXqzNVZI2UHPyOvAhl07hTjoLWnHNNs1JzL-aLDLCtjtmMANc0Z_N/s400/800px-Fishing_reel.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEho23QdatZA3NZzOvN8hmNiNu9g1N9MrVELVztEeWHSIgjg_CGYar2zLrtPKr-8V_MRWVIgtjQZwhfuvho1w1CyzCJdpTMBDM7zJU3izbp9WGcObYM7t8ljj0X8BSR9QcdaonSkeCsBppqR/s400/3D-ShockDiawacombos.jpg)
1.Kebanyakan kedai pancing menyediakan seorang yang mahir atau owner kedai itu sendiri dalam pemilihan peralatan dan boleh memberikan nasihat kepada anda. Anda perlu beritau beliau apakah keadah, lokasi dan species yang dicari pada beliau dan minta pendapat dari beliau.
2.kalau membeli barangan terpakai pastikan crack yang sangat halus pada joran. cuba perhatikan sebarang bunyi semasa buat ujian lenturan. retakan halus biasanya akan mengeluarkan bunyi bila lenturan dibuat.Setelah semuanya memuaskan hati barulah beli joran tersebut.
ade lagi nasihat tambahan dan tips berguna...
1. pastikan setelah membeli joran yang single body, jgn membawa joran bersama menaiki motosikal anda...
2. amatlah tidak digalakkan membeli atau memilih-milih joran sebelum menunaikan solat jumaat...nanti joran ntah kemana, jumaat ntah kemana...hehe
3. jangan suka-suka nak test kelenturan joran tu kat kedai yang anda kunjungi...anda perhatikan kat sana mesti ada tulis "JIKA PATAH, ANDA BAYAR"...minta kebenaran tuan punya kedai @ tuan punya joran tu dulu...
4. pastikan juga cincin pada batang joran tu cukup bilangannya dan tidak menggunakan cincin lain selain cincin joran...
5. dan yang paling last...jgn membazir masa memilih joran...rembat je mana yang berkenan...
No comments:
Post a Comment