Sunday, January 18, 2009

KIAMAT HAMPIR TIBA?

Hari kiamat merupakan hari pengakhiran bagi semua makhluk di atas muka bumi ini.Hari kiamat merupakan hari di mana semua manusia dihimpunkan dari seawal-awal kelahiran iaitu manusia yang paling akhir sekali dijadikan dan dimatikan oleh Allah SWT.

Pada hari itu juga manusia dihisab amalannya,Hari kiamat adalah sesuatu perkara yang benar sebagaimana benarnya bahawa setiap manusia akan mati.Firman Allah SWT.Dan sesungguhnya hari kiamat itu pasti akan datang tidak ada keraguan padanya…(Surah al-Hajj:7)

Mari kita berfikir sejenak tentang tanda2 kecil menunjukkan hampirnya kiamat berdasarkan hadis sahih Nabi SAW dengan melihat realiti hidup kita serta kejadian berlaku pada manusia ketika ini.

Antara Tanda-tanda Kecil Kiamat Brdasarkan Hadis:

Penaklukan Baitulmaqdis
-Dari Auf bin Malik r.a katanya,Rasulluah SAW telah bersabda:Aku menghitung enam
Perkara menjelang Hari Kiamat.Baginda menyebutkan salah satu diantaranya iaitu
Penaklukan Baitulmuqaddis.(Shaih Bukhari)

Alat-Alat Muzik Menjadi Kebanggaan dan digilai.
-Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh,rusuhan dan perubahan pada muka.Ada yang
Bertanya kepada Rasulluah.Wahai Rasulluah bila hal itu terjadi?Baginda menjawab:
Apabila telah bermaharajalela muzik(bunyi-bunyian) dan ramainya penyanyi2 wanita’’
(Riwayat Ibnu Majah)

Menghias Masjid dan Membanggakannya
-Diantara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megah dalm mendirikan
Masjid’’(Riwayat Nasai)

Munculnya Kekejian,Memutuskan Persaudaraan dan Bersikap Buruk Dengan Jiran.
-Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji,memutuskan
Hubungan silaturahim dan bersikap yang buruk dengan jiran.(Riwayat Ahmad dan Hakim)

Ramai Orang Soleh Meninggal Dunia.
-Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik dan ahli
Agama di muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan
Buruk yang tidak mngetahuai yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran.
(Riwayat Ahmad)

Orang Hina Mendapat Kedudukan Terhormat.
-Di antara tanda2 semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh luka’bin luka
(orang yang bodoh dan hina).Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang
Beriman yangdiapit oleh dua orang mulia.(Riwayat at-Thabrani)

Mengucapkan Salam Kepada Orang Yang Dikenali Sahaja.
-Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia tidak mahu
Mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenali sahaja.

Ramai Wanita Berpakaian Tetapi Hakikatnya Telanjang.
-Diriwayatkan dari Abu Huraira r.a Diantara tanda2 telah dekatnya hari kiamat
Ialah akan muncul pakaian2 wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya
Seperti telanjang.

Bulan Sabit Kelihatan Besar.
-Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah membesarnya bulan sabit.(Riwayat at-
Thabrani).

Banyak Dusta Dan Tidak Tepat Dalam Menyampaikan Berita.
-Pada akhir zaman akan muncul pembohongan2 besar yang datang kepadamu dengan
Membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengari oleh
Ibu bapa kamu sebelumnya,kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar tidak menye
Satkankan kamu dan memfitnahmu.

Banyak Saksi Palsu dan Menyimpan Kesaksian Yang Benar.
-Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disemb
Unyikan kesaksian yang benar,(Riwayat Ahmad).

Negara Arab Menjadi Padang Rumput.
-Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput
Dan sungai2.(Sahih Muslim)

Demikian sebahagian daripada tanda2 kecil akan belakunya hari kiamat.Marilah kita
Renungkan sejenak untuk menjadi panduan hidup.Hidup kita hanya sebentar sahaja di
Muka bumi ini,seharusnya hidup yang berfaedah sama ada untuk diri sendiri,agama,bangsa mahupun Negara.

(Petikan diubahsuai oleh AzHaR)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...