Sunday, September 28, 2008

Buku Al-quran Dan Sains...

Mase aku tngah blek2 buku abang aku dlm kotak...tibe2 aku nampak satu buku yg tajuk tulis disitu al-quran dan sains.aku bkn suke sngat blek2 brang abng aku...tapi kdng2 aku nk taw ape yg ade dlm kotak tuh...aku bab bongkar2 nih proo ckit.Jdi aku bace larr bku tuh,buku tu memng besst lar bgi aku.Bku tu di tulis oleh Dr.Hj Jamnul Azhar B. Hj.Mulkan dan bnyak membincangkan mengenai sebab2 kemajuan umat islam yang terdahulu,sebab2 kemunduran umat islam masa kini,kejadian hujan,kejadian biologi dan fisiologo,penemuan masa dan banyak agi larrr.Aku yakinlah sape baca mesti semangat utk belajar sesuatu subjek tambah2 lagi yg ambik peperiksaan penting pda thn niii.Tapi buku yg aku baca ni siri pertama...aku ase bku ni ade bnyk siri.Tapi aku x taw ade berape siri.Jamnul Azhar aku selalu jugak dngar cramah kat radio perak petng2.kdng2 dia ade jgk bgi cramah kat masjid kg.gajah tmpat aku,tapi aku x pnah pgi pun...kekekeke.Aku cdangnya nk larr scan depan bku ni tapi tempat scan abg aku pnjam larr,x jdi aku nk scan. Jdi aku kat sini nk kongsi cikit ape yg ade dlm bku ni antaranya ialah:

PENEMUAN-PENEMUAN PADA ZAMAN ISLAM.

1. Yahya Al-Barmaki-Industri Kertas di Banghdad Tahun 800M

Baitul-Hikmah:perpustakaan pertama dlm sejarah dunia thn 813-833M

2. Ibn Haitham(Dikenali oleh Barat sbg Al-Hazen):(Abu al-Hasan 965M)
Pakar Falak yg memperbetulkan kesalahan teori Euclids dan Ptolemy tentang
teori impuls deria mata.Beliau juga banyak menulis kitab2 tentang tajuk itu
terutamanya di dalam kitab Al-Manadzir.Ibn Sinar(Avicenna) menulis kitab
yg merupakn kitab asas kpd sains perubatan moden dan dipakai sbg sukatan
pelajaran yg utama dlm pengajian perubatan di seluruh Eropah sehingga
akhir kurun yg ke 16.Beliau juga digelar oleh barat sbg Bapa Perubatan
Moden.

3. Al-Razi(Rhazes):(pakar Kimia dan Perubatan)Menulis tentang kesuburan.

4. Jabir Ibn Haiyan:Merupakan Bapa Kimia Moden (815)

5. Al-Biruni:Menulis tentang kemungkinan penukaran unsur kpd keadaan yg
lain thermodinamik.Pakar Matematik,Astronomi dan org yg pertama
mengatakan bahawa bumi bergerak di atas orbitnya yg tertentu.

6. Abu Hanifah Dainuri:Dikenali sbg Bapa Pertanian Moden.

7. Al-Imam Jalaluddin Abd.Rahman as-sayuti:Menulis tentang perubatan
dan Thermodinamik di dlm kitabnya.

8. Ibn Batutah:Pelayar yg byk merekodkan kejadian sejarah semasa pelayaran
beliau.

9. Ibn Firnas-887M:orang yg mula2 mencipta kapal terbang.Orville dan Wilbur
Wright mencuri idea beliau dan dikembangkan sehingga menjadi moden
sehingga mereka berjaya menerbangkan kapal terbang mereka yg pertama
di Amerika.

10. Ibn Hawqal-977M:Pakar Geografi dan pembuat peta dunia yg pertama.

11. Ibn Ishaq al-Hunayn:Menterjemah karangan Plato,Aristotle,dan Galeonus.

12. Al-Khawarizmi(780-850M):Pakar Matematik.Tuan punya Algebra
x+y=10;x=2/y=8
Asas kpd sistem Binari 111
+11
1010
yg merupakan bahasa asas kpd komputer seluruh dunia sekarang ini.

13. Al-Kindi(796M):Failasuf/pakar perubatan,matematik,muzik,astronomi
dan kejuruteraan.

14. Al-Mutanabbi:(Abu Taib Ahmad bin Husin Pakar Jiwa (915-965M).

15. Averroes:Ibn Rushd:Pengislaman Falsafah Yunan
Avenzoar:Pakar Perubatan Islam pengkritik utama teori2 karut blm
perubatan.

Begitulah beberapa penemuan2 yg dicatatkan secara ringkas disini.Dah le
tu aku pun dh ngantuk ni...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...