Tentera Laut Simpanan Sukarelawan Negeri Selat
Tentera Laut Diraja Malaysia boleh dilihat akar umbinya dalam pembentukan Tentera Laut Sukarelawan Simpanan Negeri Selat (TLSSNS) - Straits Settlement Naval Volunteer Reserve - yang telah ditubuhkan oleh kerajaan kolonial British di Tanah Melayu pada 24 April 1934 di Singapura. TLSSNS ditubuhkan untuk membantu ‘Royal Navy’ mempertahankan kawasan
perairan Tanah Melayu ekoran perkembangan dan pergolakkan politik di Asia di mana Empayar Jepun sedang memperluaskan kuasa dan pengaruhnya. Pembentukan sebuah cawangan di Pulau Pinang menyaksikan perkembangan TLSSNS.
Pada 18 Januari 1935, pihak pentadbiran tertinggi Royal Navy telah menghadiahkan kerajaan British di Singapura dengan sebuah kapal Korvet kelas Flower: HMS Laburnum untuk berkhidmat sebagai kapal utama dan kapal latihan TLSSNS. Kapal ini telah berlabuh di pangkalan di Telok Ayer Basin. HMS Laburnum malangnya telah ditenggelamkan oleh tentera Jepun sewaktu Perang Dunia ke-2.
Apabil Perang Dunia Ke-2 meletus di Eropah, TLSSNS telah meningkatkan pengrekrutan demi mengukuhkan pertahanan Tanah Melayu memandangkan aset-aset Royal Navy diperlukan di medan operasi Eropah. TLSSNS juga telah dikerahkan untuk perkhidmatan aktif sebagai unit Royal Navy Malay Section, ataupun Royal Malay Navy ataupun Malay Navy dengan kekuatan seramai 400 orang anggota. Golongan ini telah menjalani latihan di kem latihan HMS Pelandok. Keanggotaan Malay Navy kemudiannya meningkat kepada 1450 orang apabila perang meletus di Asia Tenggara.
Sepanjang Perang Dunia ke-2, Malay navy berkhidmat di bawah Tentera Bersekutu atau lebih tepat lagi dibwah panji-panji Royal Navy British. Malay Navy berkhidmat bersama Royal Navy di medan opersai di lautan Hindi dan Pasifik. Ramai anggota Malay Navy terkorban ketika ini. Apabila perang tamat dengan penyerahan kalah Jepun pada tahun 1945 hanya 600 anggota melapor diri semula. Pada tahun 1947, Malay Navy terpaksa dibubarkan akibat kemelesetan ekonomi.
Era Selepas Perang
Pada 24 Disember 1948, ‘Darurat’ diisytiharkan di Tanah Melayu akibat ancaman pengganas komunis. Menyedari kepentingannya, pihak British mengaktifkan semula Malay Navy dan kali ini sebagiai Malayan Naval Forces. Tarikh 4 Mac 1949 menyaksikan hari perasmian dan penubuhan Malayan Naval Forces yang berpangkalan di HMS Malaya,Woodlands, Singapura.
Misi utama MNF ialh pengawasan pesisir pantai bagi menghalang pengganas komunis daripada memperoleh bantuan bekalan melalui jalan laut. Angkatan ini juga diberi tugas mengawal laluan ke Singapura dan pelabuhan-pelabuhan lain.
Malayan Naval Forces dibekalkan dengan sebuah Frigat kelas River HMS Test yang turut digunakan sebagai kapal latihan. Pada tahun 1950 pula dengan sebuah kapal ‘minelayer’ bekas tentera Jepun, HMS Laburnum, sebuah LCT, HMS Pelandok, sebuah kapal penangkap ikan, HMS Panglima, sebuah kapal torpedo HMS Simbang, dan beberapa kapal kecil lagi.
Gelaran Diraja
Pada bulan Ogos 1952, Ratu Elizabeth 2 telah mengurniakan gelaran ‘Diraja’ kepada MNF, menjadikan MNF kini dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaya (Royal Malayan Navy) dia atas perkhidmatan MNF yang cemerlang. Kapal-kapal TLDM kini mempunyai imbuhan HMMS: Her Majesty Malayan Ship sebelum nama.
No comments:
Post a Comment