Saturday, December 27, 2008

Doa Akhir & Awal Tahun.

HIKMAH MEMBACA DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini (3 kali pada waktu Asar), maka syaitan akan berkata:"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".



Doa Akhir Tahun



Bismillahirrahmanirrahim
Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Ya Allah, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Ya Allah! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



HIKMAH MEMBACA DOA AWAL TAHUN HIJRAH



Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini (3 kali pada waktu Maghrib) InsyaAllah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun

Bismillahirrahmanirrahim
Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Ya Allah Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wednesday, December 24, 2008

Pokok Tertua Di Dunia(SEQUOIAS)

Yosemite National Park, California (Amerika). Hmm, sikit cerita pasal yosemite park ni ialah, dia ada banyak sangat ancient giant sequoias. Pokok terbesar di dunia. Interestingnya, eventhough pokok ni terbesar, tapi akar dia x kuat. Akar dia shallow. So, kat national park ni, ada some pokok yg orang boleh jalan kat bawah. Tapi, some trees, yang tertua, terbesar, or yang nampak menarik, orang kat park ni buat pagar kecik kat sekeliling pokok tu untuk protect akar pokok sequoias ni. Di California ditemukan pohon raksasa hutan yang bernama Sequoia.Salah satu pohon raksasa ini diberi nama Jenderal Sherman denganketinggian mencapai 90 meter seakan menembus langit dan lingkar batanghingga 26 meter. Pohon raksasa ini begitu hebat sehingga jikaditebang akan menghasilkan kayu bangunan yang cukup untuk membuat 35buah rumah dengan lima kamar.Aku pun taw tntng pokok ni pun sbb tngok ntional georphic...klu x taw asenye.pkok ni dprcayai yg trtua di dunia dia ujud sejak zman nabi ibrahim agi x slap aku lar aku pun dh lupe nabi ape???Aku saje je bkak bku akak aku(seed to star)volume 16 tngok ade citer pasal pkok ni...itu pun x sngjer bkak sbb aku ska tngok gmbor2 kat bku tuh...name lain bgi pkok tuh kat dlm bku ni redwood x slap aku...klu pkok ni tmbang mngakibatkn gegran bebrape skala yg kcil la x le kuat sngat mcm gmpar bmi.

Sunday, December 7, 2008

Karaya-Karya Pelajar Dalam GEMALA...

Karya-karya pelajar bdk 4sc2 yg telah terpilih untuk disiarkan di majalah sekolah(GEMALA) Utk Sesi 2008....

This is for you,
My Friend


When you’re lost,
Or if you feel that way,
Let me be the friend that you talk to,
The true friend,
To guide you…..,
To help you,
To respect you,
To stand by you.


When you look around the next time,
Look for this friend of yours,
You’re not alone or lost,
Don’t be sad….you’ll fell bad,
If no one else is there.
You should know I really care.


You’re not lost,my friend,
Let me lend a helping hand,
To show the light,to guide you,
To a place where,you will not be lost again,
I’ll help ease the pain,whatever that had changed,
You are my friend,that truth will remain the same,
Forever…..


Adapted by,
De-Ai-Yu
(4sc2’08)

-------------------------------------------------------------------------------------------------Kerana Kau Fiz.....


Hari ini, hari pertama persekolahanku.Dari jauh kelihatan tersegam indah bangunan Sekolah Menengah Dato’ Seri Maharaja Lela (SMKDSML). Blok D,sungguh menarik perhatianku kerana di situlah aku akan ditempatkan.Aku berasa seronok di sini, namun begitu aku merasa janggal sedikit dengan keadaan sekeliling yang baru dikenali.
Di sekolah inilah aku mengenali rakan-rakan baruku yang belum ku kenali lagi. Aku amat senang dengan mereka.Tetapi di antara ramai rakan-rakanku itu,aku lebih tertarik dengan Fiz.Fiz bagaiku mempunyai satu keistimewaan yang luar biasa.Aku amat senang mendampinginya.Kini kami sudah menjadi kawan karib.
Hari demi hari yang berlalu,kini sudah enam bulan aku disini.Pelajaranku semakin hari semakin rumit.Aku runsing dengan nota-nota yang bertimbun dan kerja sekolah yang memeningkan kepalaku setiap hari.Hubungan yang ku jalinkan dengan Fiz mulai renggang.Aku benci dan bosan dengan Fiz,dia banyak menyusahkan dan membebankan fikiranku.Lalu aku pun meniggalkan Fiz begitu sahaja.
Peperiksaan pertengahan tahun bermula.Aku menjawab sekadar yang termampu.Dan apabila keputusan keluar,aku terpaksa akur apabila mendapat keputusan yang teruk terutama dalam mata pelajaran sains.Aku sedih bercampur insaf dengan kesilapanku yang tidak belajar dengan bersungguh-sungguh selama ini.
Aku mula sedar tentang kesilapanku.Aku bertekad untuk belajar dengan lebih tekun lagi.Perlahan-lahan aku mula menghampiri Fiz.Dia adalah pembongkar misteri alam sains.Dan tanpa kusedari aku mengaguminya kembali.Fiz…Fiz…Fiz…FIZIK tanpamu siapalah aku.

Karya
Dewi Kusuma Zazali
(4SN2)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Mutiara Kata

Orang yang berilmu itu ialah:

1.Ikhlas pada waktu malam sendirian walaupun di muka umum.
2.Berlaku adil pada waktu sedang marah ataupun dalam keadaan tenang.
3.Serdahana dalam keadaan miskin mahupun kaya.
4.Menyambung Persaudaraan kepada orang yang memutuskannya.
5.Memberi kepada orang yang tidak suka memberi.
6.Memberi maaf kepada orang yang mengeniaya/berlaku zalim.
7.Pada waktu diam digunakan untuk berfikir dan berbicara sebagai zikir.
8.Bicaranya berisi nasihat.
9.Apa yang dilihat selalu dijadikan contoh dan pengajaran.
10.Selalu mengenangkan kebaikan orang dan melupakan kesalahan orang lain.


Ciptaan,
An A/L Roon 2008(4sc2)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pantun Nasihat Untuk Pelajar

Anak monyet tergaru-garu,
Menyambut ungka sebagai tertamu,
Jika kita menghormati guru,
Tentu mudah menimba ilmu.

Anak itik turun mandi,
Anak kucing di atas iti,
Guru harus kita hormati,
Ibu bapa harus kita taati,

Beli baju di kedai sakan,
Pulang rumah berdayung sampan,
Pelajaran yang ada jangan diabaikan,
Tidak menyesal di hari kemudian.

Sembahyang ditunai lima waktu,
Puasa dan zakat mohon diberkati,
Kenapa mesti yakin melulu,
Ke syurga kita belum pasti,

ASN dan ASB tempat menyimpan,
Bekalan untuk dihari kemudian,
Kenapa di dunia di bangga-banggakan,
Untuk akhirat carilah bekalan.

Hasil Pena,
Wima Nima
(4sn2’08)





Saturday, December 6, 2008

Maafkan andainya ku mengganggu



Seperti ada yang tak kena
Saat melihat ke arahmu
Saat kau berpaling dan tersenyum
Dunia jadi luar biasa

Maafkan andainya ku mengganggu
Bukan membaca fikiranmu
Hanya ingin mengenalimu
Dan tahu ku menyukai kamu

Mungkinkah ku teman biasa
Seawalnya kita berjumpa
Mungkinkah kau tidak perasan
Perbezaannya…

Mungkin bila tiba saatnya
Kita akan tetap bersama
Mungkin kita kan jatuh cinta
Mungkinkah…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...