Kompleks Sejarah Pasir Salak terletak kira-kira 80 kilometer dari Bandaraya Ipoh. Ianya telah dibuka dengan rasminya oleh D.Y.T.M. Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990 dan dirasmikan sepenuhnya oleh DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbudin Shah pada 5 Julai 2004. Kompleks ini merupakan satu memorial penting kepada sejarah terbilang Pasir Salak dan rakyat negeri Perak.
Bahan Sejarah
Bahan-Bahan Sejarah Di Kompleks Sejarah Pasir Salak
*Tugu Peringatan Pahlawan *Rumah kutai III
*Perak Kubur Si Puntum *Rumah Kutai Anjang Pelita
*Kubu Dato’ Maharaja Lela *Terowong Sejarah
*Tugu Lela Rentaka I dan II *Sekolah Tok Pelita
*Pentas Belotah *Tugu Peringatan Birch
*Balai Penghulu *Galeri Menteri2 Besar
*Tapak Birch Dibunuh *Masjid Pasir Salak
*Sampan Perak *Perahu Naga
*Rumah Kutai I
Bahan- Bahan Pameran Di Rumah Kutai I Dan II Kompleks Sejarah Pasir Salak
1.Sejarah Peristiwa Pasir Salak 2.Senjata (Keris,Golok,Pedang, Senapandll) 3.Alat-Alat Pengangkutan. 4.Perabut Rumah. 5.Alat-Alat Tembaga. 6.Pakaian. 7.Peralatan Pertanian. 8.Tekatan. 9.Alat-Alat Bunyian. 10.Manuskrip. Model Bangunan
Galeri Keris
Terowong Sejarah turut menempatkan Galeri Keris yang mempamerkan koleksi keris-keris dari Kepulauan Melayu Nusantara. Galeri ini diwujudkan supaya dapat memberi kefahaman yang jelas mengenai sejarah dan identiti keris sebenarnya sejak dari zaman dahulu kala. Disamping itu ia juga dapat memperlihatkan keindahan dan keunikan seni reka dalam rumpun Melayu.
Jenis keris-keris yang dipamerkan di Galeri Keris Kompleks Pasir Salak:-
*Keris Yogyakarta
*Keris Picit
*Keris Sumatera (Jalak Ngore)
*Keris Sumatera
*Keris Riau/Jambi
*Keris Palembang (Sepukal)
*Keris Bangkinang
*Keris Kecil
*Keris Solo
*Keris Jawa bentuk Mata Tilam Upih
*Keris Jawa bentuk mata Brojol
*Keris Madura
*Keris Jawa Timur
*Keris Sulawesi
*Keris Madura jenis Pendok Blewahan
*Keris Sulawesi
*Keris Jawa Timur
*Keris Jawa Timur kurun ke-19
*Keris Bali
*Keris Majapahit
*Keris Kudi (Ibu Keris)
*Keris Buddha
*Keris Kojang
*Keris Palembang
*Keris Pendhawa Chinanta
*Keris Kecil
*Keris Berayat
*Keris Putut Kembar
*Keris Sundang
*Keris Panjang
*Keris Riau Jambi
*Keris Bengkulu
*Keris Bangkinang
*Keris Bethok Putut Kembar
*Keris Sombro (Keris Picit)
*Keris Semenanjung
*Keris Hulu Pekaka
*Keris Anak Ilang
*Keris Pemengkang Jagat
*Keris Solo Panji Pengantin











